Friday, 10 July 2015

Sesuatu kerana Allah

As salam w.r.t

Sekali lagi after 2 months, teringin nak mencoret sesuatu di sini. Tapi actually bukan nak cerita pasal lagu Mojo yang bertajuk Dashsyat tu tp pasal pulut2pinggan. pulut2pinggan? tak da sapa menyangka apa maksud disebalik pulut2pinggan ni...

Benar, tiada sesuatu pun di dunia ini kebetulan... Allah telah menyusun atur jalan hambaNya sebaik-baiknya. Siapa pulut2pinggan??? pulut2pinggan, kamu sahabat aku yang paling sabar dengan aku. jika kamu membaca artikel ini, aku mahu kamu tahu, betapa pentingnya kamu ketika ini... Fitrah manusia untuk menyayangi dan disayangi. Namun, Allah sudah berpesan, utamakan Dia sebelum yang lain. Semangat yang aku kumpul untuk bangkit semula, telah Allah bawa dengan kedatangan pulut2pinggan. Siapa sangka, aku pernah kenal dan kawan dengan pulut2pinggan. Seseorang yang hampir perfect dalam semuanya.... Tapi aku mencari kebenaran, Inni Akhafullah (sesungguhnya, aku takut akan Allah)... Manusia tak pernah lekang dari dosa dan khilaf. begitu juga aku... Kamu pembawa semangat, tapi semakin aku mendekati kamu, aku sendiri tak tau.... kerana sesuatu yang aku tak pasti juga kamu...

pulut2pinggan,
aku niat kerana Allah, namun aku sendiri tak pasti aku mampu atau tidak... aku semakin berfikir, jalan ini benar atau tidak... Aku mengenali pulut2pinggan untuk niat yang betul. Tapi aku tak pasti tentang kamu. . . Suatu saat, seolah2 kita berjalan di atas landasanNya...Namun suatu saat, seolah2 kita jauh dari diriNya...

pulut2pinggan,
saat aku tau siapa diri kamu, aku down.... perhatian yang kamu beri sangat aku hargai. tapi suatu saat, aku teringin tahu kebenarannya... saat aku bertanya akan hal itu, baru aku dan kamu berfikir semula. kita ada kisah yang sama... Seolahnya, kita benar, tapi hakikatnya kita sendiri tidak pasti. . .

tapi Allah lebih Mengetahui,
saat aku tak mampu, aku lepas kamu pergi walau betapa hancurnya aku. Aku percaya pada ketentuan Ilahi. tapi bukan semudah yang aku fikir, semangat aku terus fly away, daripada aku happy go lucky, aku jadi moody... daripada aku talkative, aku jadi silent. Kalau kamu tahu itu. . . Setiap hari aku bangun, dan aku kumpul semangat, Walaupun kadang2 aku kalah... Setiap hari juga nama kamu ada dalam doa aku...  Biarlah Allah menjaga kamu, andai satu hari takdir membawa kamu kepada aku, InshaAllah aku terima apa adanya...

pulut2pinggan,
bukan mudah melepaskan sesuatu yang benar-benar kita sayang kerana Allah, semoga kamu sihat daripada kisah kamu, semoga aku pun begitu. mungkin kali ni aku benar-benar memerlukan masa yang panjang untuk sedar dari mimpi... Aku percaya akan ada pelangi selepas hujan. trm ksh for being my friend...yang baik and sabar... Moga Allah merahmati dan meredhai kamu dan aku... InshaAllah


----- i will keep the 'memory' u given to me...always care for it.------


---Pulut2pinggan---


Saturday, 25 April 2015

Other happiness is your truly happiness


Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum w.r.t.

Alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan utk aku mencoret sesuatu di sini sekali lagi… Saat menulis ni, hati aku sangat tenang sehingga rasa bagai ingin mengeluarkan ‘titisan hening’ di pagi hari.

Aku terfikir2 seminggu ni, why I’m so feel comfortable with everything even though I have a lot of work to do at my work place. I woke up every morning and I felt so happy. I don’t know why…until I said Alhamdulillah Ya Allah, how you give me this feel that so long time I wait for it. You know what, when we really depend on Allah, Allah will give the feel to you. Believe on me, I really have the feel. Believe on Allah, no need to rush getting something what you want in your life. It just put your self in depression. You will not find peaceful in your life. Becoz you just think what you want not what you need. But it is Fitrah..Everyone has their own wishes. 


I have that experience as well. I think all people have ambition, dream that they want chase in the same time. But they forget that, Allah have plans everything in the right way and the right time. Haha, I have forgot about this before too. I’m just human being, always in wrong way as well. But Alhamdulillah Allah always put me in the right line and way after that. I have surrounded by my family and my all good friends that always advice me when I need them. Now, I’m plan one by one, and I know Allah will give me what I need not what I want. Allah knows what the best for me this time. If I have felt that ‘oh no, I need this…I need that, I need to rush’… Then, I think, think and think, Allah will give me in the right time, I just need to be strong and need  more effort to get it.


How hardworking you are to get it in your life, if Allah never say ‘Kun fayakun’ it will not happen to you. Allah knows when you deserve for what you need and what you want that time. Just be grateful what you already have in your life. It sound like “you say that it easy for you bcz you are not in the situation”. Yup, maybe I’m not in the situation. But I still have a lot of dreams that I want to chase and need to achieve them. But, because a lot of hitch, I learn to be a strong and patient. I know Allah is the best planner. Not all we have plan went out without any hitch. Providing everyone in the world is different each other. Smile and smile. Slowly and slowly. No need to rushing in all matters. Plan with rational and plan without force in you life.


You know what, sometimes you want to buy something but you know the money more useful for other things. When you use the money to something more important, you will feel your sacrifice is not wasteful at all. You will feel so happy when you saw the rest happy for it. That is not sacrifice actually, but you give happiness to others. At the one time, you will keep in your mind that other happiness is your truly happiness.


InshaAllah, believe and fully depend on Allah, Allah will help you, help us in every single things that we need in our life. Amin…  


Saturday, 11 April 2015

Outing Kenanga City Mall


KENANGA CITY MALL

Bismillah…rahim…

Okay hari ni aku nak share something pasal Kenanga City Mall. Mall yang jual baju-baju, beg, aksesori dan sebagainya dengan harga yang agak berpatutan. Kalau deretan-deretan kedai nak ke KCM tu memang pakaian untuk beli dalam bundle. I mean beli dalam dozen which are 6 pieces around RM27++… cmtu la lebih kurang. Sapa2 yang nak start business online memang elok pun cari kat situ. Actually outing hari tu sebab stress sangat and ada la jugak tujuan lain. Hihihi… (sambil dengar lagu Far East –harga sekuntum cinta..hihi)

Macam biasa aku keluar dengan 2 flower girls yang comel tu..haha..okay bawah ni korang boleh tengok kasut yang aku pakai yang kiut miut tu…woohaaa…


Actually aku dah sampai dulu daripada two flower girls tu, excited girls guys, tah ape kena tah early than both of them..haha.. Selalunya diorang la yang menunggu cik putri ni datang..hihi.. Meanwhile waiting them arrived, aku layan phone la tengok whatsapp. Suddenly, I got massage from my sis, Ya Allah… that day aku betul2 nak lupakan what has happened in my life before, but then I read the massage, oh… Ya Allah… how You want me to be a strong women, a strong friend, a strong younger sister, and a strong child to my mom and the rest of the rest.

That time… drop by drop my tears… I can’t hold anymore. I just ignore people beside me… tapi I cover2 la jugak kan…haha… Tengah cun sangat kot masa tu…aha… I’m waiting for them…and LRT arrived… I didn’t saw them…so I just ignore. But seriously, cover cun kot time pintu LRT tu bukak.aha.

Rupanya diorang dah sampai kat atas pun menunggu la aku ni terkedek2 nak naik atas sambil pegang skirt ala2 pengantin baru nak lalu red carpet yang boleh menyebabkan aku tersungkur sebenarnya. Hahaha… Kalau keluar dengan flower girls tu memang korang boleh sakit otak termasuklah dengan perangai aku sekali…haha. . (sambil dengar lagu Istikharah Cinta-Sigma…) You know what, I just forget apa yang aku just drop by drop tadi. Huhuhu… yes, I’m person that ‘sit and cry in the bathroom and out from there like nothing happen’…indeed that is me… (sigma-jalan cahaya…sedap plak lagu2 Sigma ni…)





Nampak tak air dengan resit tu…??? Of course beb, jalan daripada LRT nak ke KCM tu berpeluh2 weiiii… Hausss… Air tu sebab fresh mango katanya…harga sampai RM5.50!!! Al maklumla aku ni jenis tengok harga dengan barangnya… Kalau mahal tak berbaloi memang akan menyebabkan aku darah tinggi…hahaha… Cup tu berapa teguk la sangat, haus plak tu sabo jer la… tapi dalam sabo aku, aku membebel dari tempat beli air sampai seat aku nak makan… hahahahahaa… so my future husband please be patient with me. Kikikii… nasibla sapa jadi laki aku nanti ye… woohaaa…

Lagi satu GST… Wow GST!!! Ni nak bersuara sangat pun x boleh jugak kan… tak pasal2 tak duduk Malaysia nanti… wink wink wink… dok London la aku jawabnya… hihihi… I’m not sure about GST. I think terbeban jugakla rakyat bila ada GST ni. Mungkin untuk cover hutang Negara tapi siapa yang menyebabkan hutang Negara semakin bertambah dan banyak??? Huhuhu… Hopefully economy Negara back to normal and better than now and before… Kita doakan banyak… IshaAllah… J

                  

Ni plak yang aku order bersama kawan2 tercinta. Actually tak pernah makan pun benda alah ni… Ape erk nama dia lupa la… if not mistaken, Lam Po Mee Sizzling cmtu la bunyinya… Aku punya belah kiri tu biasa jer not spicy, tapi yang sebelah kanan tu spicy sikit… okla not bad rasa nya… Next time boleh makan lagi. Disebabkan gambar, 10 minit jugak kot nak tunggu memulakan dengan Bismillah nak makan tu… hahaha…




                            

Woohaaa… itu aku!!! Gambar dari kiri menunjukkan kesopanan dan kesusilaaan aku. Melangkah ke gambar seterusnya, menampakkan sikit tak sabarnya nak makan dan last sekali betapa pelahapnya aku…hahaha… tak adalah biasalah makan macam tu and the important is I use the chop stick ok! Haha… 5 minit weiii nak start makan disebabkan chop stick tu…hahaha… Akhirnya pandai la jugak sikit2… tapi disebabkan aku ni bukanlah tahap maximum kesopanan dan kesusilaannya, akhirnya pakai la jugak sudu garpu ok! Settle…senang nak makan… Forgot to tell that the restaurant at 7th floor k… jemput2…!!! Hihihi…





Lagi dua orang tu la flower girls…kiri dan kanan aku hihihi.. diorang tau panggil gitu kompem kena penyek… kikikii…
KCM memang best!!! J

See u again!



Monday, 6 April 2015

SIHIR PELALAU

aS SALAM...

Memandangkan saya terbaca pasal ni, so just share a bit here. May be useful for readers out there.

Sihir pelalau/pemisah atau penghalang jodoh.

Tanda-tanda Terkena Sihir
  1. Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
  2. Badan terasa berat dan malas.
  3. Sukar mendapat jodoh.
  4. Badan terasa bisa-bisa.
  5. Sakit ketika ziarah orang meninggal.
  6. Sukar tidur malam.
  7. Sakit pinggang tanpa sebab.
  8. Sakit dada bila waktu asar keatas.
  9. Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
  10. Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
  11. Bermimpi di tempat tinggi.
  12. Bermimpi di tempat yang kotor.
  13. Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
  14. Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
  15. Bayi kerap menangis.
  16. Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
  17. Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
  18. Malas beribadat.
  19. Nyanyuk ketika usia lanjut.
  20. Panas baran.
  21. Sikap berubah secara mendadak.
  22. Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
  23. Suka melakukan tabiat buruk.
  24. Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
  25. Kerap keguguran.
  26. Gagal melakukan hubungan kelamin.
  27. Mengantuk bila dengar al-quran.
  28. Bermimpi seram yang menakutkan.
  29. Darah haid turun lebih 15 hari.
  30. Batuk yang berpanjangan.
  31. Selalu ditindih ketika tidur.
  32. Kuat berangan.
  33. Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
  34. Nafsu seksual yang melampau.
  35. Selalu melihat kelibat dirumah.
  36. Terasa diri selalu diperhatikan.
  37. Mandul.
  38. Kerap mendengar sesuatu bisikan.
  39. Melihat jin secara terus.
  40. Sakit mental atau gila.
Jadi, bagaimana nak tahu seseorang terkena sihir? Antara simpton atau tanda-tanda seseorang terkena sihir ... salah satunya ialahsakit anggota badan.

Sakit badan ini meliputi perkara berikut:
  1. Sakit pada anggota badan tertentu seperti di tengkok, kepala, bahu, pinggang, tulang belakang. tulang belikat, sendi-sendi, tangan, kaki, rahim, dada, perut, tapak kaki dan sebagainya. Sakitnya seperti dicucuk jarum atau bisa atau pun lengoh, atau panas pijar seperti terkena lada. Kadang kala kepala terasa dicengkam dan leher terasa dicekik.
  2. Sakit menyeluruh daripada dua hujung kaki hingga ke kepala, kadang-kadang sakit itu berpindah atau berjalan dari setempat ke setempat, contohnya hari ini sakit di bahagian kaki dan esoknya sakit di bahagian bahu dan lengan.
  3. Sakit di bahagian kepala - bisa dan pening. Ada pesakit merasa macam keadaan mabuk dan tak stabil. Berdiri dengan keadaan tidak stabil seolah-olah mabuk laut.
  4. Perut kembung tanpa sebab dan diikuti dengan sesak nafas. Sedawa yang berpanjangan tanpa sebab.
CARA MENGATASI SIHIR
Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur'an yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.

Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :- 
1.)    Surah Al-Baqarah 2 : 1-6 
2.)    Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.)    Surah Al-Baqarah 2 : 284-286

Insyaallah segalanya atas kehendak Allah.


Sikit perkongsian lain: Antibiotik sunnah adalah herba sunnah yang mampu meningkatkan sistem imun tubuh badan tanpa kesan sampingan,malahan dapat pahala lagi kerana ia adalah pemakanan amalan sunnah Rasulullah SAW.

Anda disyorkan mengambil 3 biji kurma dan 2 sudu madu setiap pagi sejam sebelum sarapan,insyaAllah badan anda kekal bertenaga,selain itu 2 herba tadi mampu membunuh kuman didalam sistem badan serta mengekalkan sistem imun badan anda kekal optimum sepanjang masa.


Terima kasih...

Saturday, 4 April 2015

ISTIKHARAH CINTA

ISTIKHARAH CINTA.... :)


Bismillahirrahmanirrahim…
Assalammualaikum w.r.t

Fuh fuh…lap sikit…hehe…berhapuk dan berdebu dah blog aku ni. Lamanya tak update. Awal bulan 3 hari tu semangat nak update satu cerita yang saaaaaaangat istimewa (tiba2 dada rasa sempit dan sebak..huhu). Nak tau apa dia??? Jom jom jom… baca seterusnya… J


Wanita, perempuan ataupun gadis…mereka adalah sama. Mereka kelihatannya sangat kuat dan rajin, tapi disebalik tu mereka sangat lelah… cuba perhatikan ibu kita. Bekerja, menguruskan rumah tangga, menguruskan anak2… Banyak tanggungjawab insan yang bergelar wanita sebenarnya… Sebab tu malaikat pernah bertanya pada Allah “Mengapa lama benar Engkau menciptakan insan yang bernama perempuan”, … (google)

Panjangnya mukadimah Cik Aisah… nak cerita apa sebenarnya ni??? hehehe… (sebaknya dada ni…dah kenapa ko Cik Aisah)

PIN PIN PIN.... TUMPANG LALU....NAK CITER NI...HAHA...


Dilamar? Ya, … itu adalah sesuatu yang sangat indah bagi seorang wanita. Haaaa itu la yang aku nak cerita sebenarnya… krikk krikk… hahaha (sebak…sambil pegang kepala dan tersenyum). Segalanya berlaku dalam hanya 1 bulan. Perkenalan yang singkat dibawa oleh sahabat dunia akhirat InshaAllah bersama suaminya…, hati yang ketika itu sangat berbelah bagi. Memilih seseorang yang sedang dikenali, seseorang yang langsung tak dikenali hanya dirancang oleh orang tua sebelah sana atau memilih seseorang yang jumpa face to face apatah lagi sahabat baik kepada sahabat??? Ya, ISTIKHARAH… “ISTIKHARAH CINTA” … hik hik… (sebak…rasa nak gugur dah air mata ni…)

Bermulalah “ISTIKHARAH CINTA” kot… Saat beristikharah, (mungkin terlalu tergesa-gesa)… Akhirnya Muhammad S menyatakan untuk meneruskan hajat “MERISIK”… Ya Allah, happy happy dan happy walaupun aku belum punya pilihan yang tepat ketika itu… Berhari-hari jugak memikirkan perkara tu sambil asyik tersenyum je pandang PC office… hihihi… (kalau bos nampak mesti igt aku main FB..haha)… Jadi, akhirnya aku buat keputusan… DENGAN LAFAZ BISMILLAH SAYA NOR A…. BINTI M…. N…… BERSETUJU…!!! HAHAHA… dengan itu secara rasminya aku tak pandang yang lain dah sebab aku dah niat untuk meneruskan dengan dia.

REWIND…

Beberapa hari sebelum tu, aku dipertemukan dengan ibunya… Allahuakbar nervous beb.. Tak pernah nak salam cium bakal mak mertua…hihihi… (sebak…dah kenapa Cik Aisah)… First impression… SPORTING… Alhamdulillah… Aku dan ibunya bersembang panjang… Apa yang aku masih ingat kata-kata ibunya, …memang seorang anak yang baik, sayang adik-adik, utamakan orang tua, (nak nangis weiiiii) …

Bila Maghrib menjelma ibu dia meminjamkan telekung pada aku.. Wow terharu wei, hahaha… Saat aku melangkah masuk ke dalam surau office tu, aku sedang mendengar seseorang MENGIMAMKAN SOLAT…dan aku tau itu suara siapa. Aku duduk dan aku termenung sekejap… Dalam hati aku… “Dia ke orangnya…Ya Allah besarnya anugerah yang Engkau nak berikan”… Bergenang air mata aku waktu tu… (rasa macam tengah akad nikah plak…hihihi..poyola kau Aisah)

Sebab…..................................................

.......sebelum tu aku masih belum yakin dia orangnya, tapi saat aku duduk dalam surau tu keyakinan mulai datang dalam diri aku… “Ya … dia orangnya…” (sebak lagi…) . Aku solat dan aku doa moga Allah mudahkan segalanya… (sebaknya…huhuhu)…

Tak lama selepas tu, kami balik sama-sama… Banyak jugak yang kami sembang walaupun malu-malu meow…hahaha… Waktu pergi makan, seolah-olah kami merancang sesuatu walhal satu fasa pun belum kami lalui… (mungkin kami terlupa)… Macam-macam yang direncanakan, (biarlah kami yang tahu…itupun kalau dia ingat…huhu)… (sedihhhhhh…) Semangat wei dah merancang ni…hohoho…


BALIK PADA CERITA SEKARANG…


Lepas perjumpaan tu, kami banyak senyap… Text pun cakap perkara yang perlu. OPKOS HAL MERISIK tu… Aku mintak tempoh sebab aku perlukan masa untuk preparation dan bersedia dengan apa yang akan dibincangkan. Selang beberapa hari selepas tu, aku ketemukan dia dengan family aku di sini… PERGHH ‘KETEMUKAN’ dah macam bahasa orang seberang jer..haha.. Family aku sebenarnya tak sabar nak tengok insan yang buat anak and adik diorang ni tersengih macam kerang busuk je…hahaha…

Malam tu kami sekeluarga berjumpa dengan dia… Berbincang dan bersembang-sembang… Aku perasan sesuatu… Dia tak selesa…Ya! Itu sebenarnya… Aku maluuuuu sangaaaattttt… Sebab tu malam tu aku buat tak tau je kat dia. Tapi dalam hati… wink wink wink…berbintang berbulan..tahla apa lagi…hahaha…. And mungkin jugak silap aku sebab memang tak berjumpa langsung lepas berbincang tu, kotla p hantar dia nak balik tu, cewahhhh… tapi disebabkan malu terbantut la niat aku tu… Konon jaga ikhtilat la tu…kakakaa…

Bila aku perasan sesuatu pada dia malam tu, aku tau ada yang tak kena… Ya! Betul… KECIK HATI… Itu yang boleh aku simpulkan selepas pertemuan tu. Dia kecik hati dengan beberapa perkara pada pertemuan tu, and aku pun kecik hati selepas tu bila aku tau apa yang dia kecik hati… sebab aku tau, apa yang dibualkan itu datang daripada hati dan fikiran kita sendiri bukan pihak lain… Jadi aku positifkan diri… !!! (mengantuk weiii dh malam…semangat betul nak buat entry ni…sambil usha whatsapp dia…krikk krikk)

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Kami mungkin semakin rapat… Hati mana tak berbunga mawar rose kenanga liliy raya dan sebagainya, bila BERCERITA MENGENAI MERISIK, CINCIN DAN SEANGKATAN DENGANNYA. Semua perempuan akan rasa sebagaimana aku rasa… (sebak…)


Kami berbincang seolah-olah segalanya mudah… (sedihhh…)Baru malam semalamnya aku didebarkan dengan hal CINCIN…cewahhh…
Rupanya langit yang kita sangkakan cerah mulai mendung menanti guruh dan ribut… Allah Allah Allah… Itu je mampu aku fikir dan berkata tika itu… “Ibu and ayah busy weekend sebb kena attend conference”… Ayat tu buat aku rasa sesuatu.. Apa sebenarnya yang dia nak cakap… Dia mendiamkan diri…begitu juga aku…

PERASAN TAK AKU ASYIK TULIS sebakkk…sedihhh…SEBAB………………………………………….



This is not HAPPY ENDING story,
NI UJIAN ALLAH NAK BERI PADA AKU,
SAAT AKU SEDANG  MENITI BAHAGIA…



MUNGKIN AKU LUPAKAN DIA, SEBAB TU DIA TARIK BALIK ATAU MENANGGUHKAN dia DARIPADA AKU … atau DIA nak berikan aku sesuatu yang lebih baik… saat aku juga sedang memperbaiki diri…

Seminggu kami mendiamkan diri, dan aku saja yang mencari di saat aku perlukan penjelasan. Allah, beratnya rasa hati ni, hanya Allah yang tau… Akhirnya, penjelasan yang aku terima …TIADA JODOH… Allah… bercucuran air mata saat tu… KENAPA KENAPA DAN KENAPA TIBA-TIBA… Saat belum sempat untuk aku bercerita hal merisik, bertunang dan akadnya… Kehadirannya benar-benar membuatkan hati aku terbuka untuk ke fasa seterusnya… Allah Allah Allah… Allah Maha Besar, sebaik-baik perancang adalah Allah S.W.T. Aku terdiam… Allah, mungkin aku lalai dan lupa Engkau tika aku kenal dia… Allah…

IBUNDA...

Saat ibunda tercinta mengetahui akan hal ini, seolahnya sedih dan kecewa dihatinya. Betapa ibunda sangat menyenanginya. Sudah terbuka hatinya untuk menerima ahli baru dalam keluarga, rupanya… Allah kata tunggu dulu… Ibunda kata, ‘Sabarlah dik, lapangkan dada…’, Ya Allah, menitis air mata saat tu, betapa ibunda tercinta sangat memahami… Ya Allah anugerah terbesar ini(ibu) Engkau jagalah hati dan diri dia sebaiknya…
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Saat luka lama seakan sembuh sepenuhnya…luka baru menambah yang lama…  Seharian, rasa ada air yang bergenang di kelopak mata.. perghh ayat novel sangat.. krikk krikk.. Tapi itu hakikatnya… Tapi aku kuatkan diri, aku tau dalam Ujian daripadaNya ada kemanisan CINTA SI PENCIPTA… Dalam tempoh untuk aku redha, setiap hari aku akan niatkan dalam hati ‘aku maafkan dan semoga aku juga dimaafkan…moga aku redha, kuat dan sabar…dan ampunkan aku saat aku lalai’ … Alhamdulillah, ALLAH benar-benar sayangkan aku… Aku semakin hari semakin bersemangat dan kembali ceria semula…

Kini masanya untuk aku perbaiki diri lagi… Dalam meniti kehidupan setiap ujian yang diberi, ada kemanisan cinta di dalamnya… Jadi jangan risau… Saat aku perbaiki diri, mungkin jodoh aku sedang perbaiki diri jua saat ini. Mungkin Allah akan pertemukan kami saat kami benar-benar meletakkan Dia yang utama. InshaAllah… So, seennnyuuuummmm

#IstikharahCinta-Sigma
#Kupu-kupuCinta-Sigma

#Istikharah-Mestica

Moral of the story, PUT ALLAH FIRST AND YOU WILL NEVER BE THE LAST


Wassalam, 
Salam sayang

Nor Aisah

Sunday, 16 February 2014

Graduasi

Bissmillahirrahmanirrahim ....

Assalam...kum w.r.t

Alhamdulillah, saya masih diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan hidup dan cuba berdakwah di muka bumi Allah ini.

Hari ne setelah hampir 1 tahun 4 bulan saya bergraduasi, di IPTA, baru saya tersedar kehidupan seterusnya tidak semudah yang kita sangka. Namun, alhamdulillah saya telah bekerja 1 tahun beberapa bulan. Walaupun tidak seperti yang diimpikan semasa masih menuntut namun rezeki tetap ada dan berterusan. ALHAMDULILLAH...

Berapa ramai lagi kawan-kawan saya yang masih belum bekerja. Bukan mudah untuk mencari pekerjaan pada zaman sekarang ini. Persaingan dan mentaliti manusia zaman sekarang serba laju dan moden. Persaingan berada di mana-mana sahaja. Tidak kurang juga kawan-kawan saya yang berjaya memegang jawatan besar di merata-rata syarikat swasta dan kerajaan. Alhamdulillah, Allah sudah menetapkan rezeki hambanya masing-masing dan kita sebagai manusia seharusnya berusaha. In sha Allah dengan izin Nya akan terlaksana.


Siapa tidak berbangga dengan kejayaan diri yang berjaya menempatkan diri ke Universiti. Semua ibu bapa terutamanya pasti sangat gembira. Begitu juga ibu saya. BAPA??? Sudah hampir 21 tahun saya kehilangan belaian kasih sayang seorang bapa. Kasih sayang bapa yang macam mana pun saya tak tahu. Maklumlah, usia yang masih kecil pasti tidak tahu apa erti SAYANG. Namun, alhamdulillah saya masih punya ibu.hehe..
Yang pasti gembira dengan kemajuan anaknya.

Apatah lagi kita memang disuruh menuntut ilmu hingga ke liang lahad. Semoga anak-anak di luar sana berusaha sedaya upaya untuk menuntut ilmu sehabis mungkin. Dan semoga ilmu kita semua bermanfaat untuk kita dan orang-orang sekeliling kita. In sha Allah, kerana ilmu yang kita sebarkan dan dipraktikkan pahala tetap akan mengalir ke kita setelah ketiadaan kita.


"Berbaktilah pada tanah dan manusia. In sha Allah, segalanya akan baik-baik saja.'

Wassalm: Aisyah








Saturday, 15 February 2014

Anak rezeki dalam keluarga daripada Allah

Bismillah... rahim 

Assalam... w.r.t

Setelah  berbulan-bulan lamanya, akhirnya saya terbuka hati kembali untuk menulis sesuatu.
Alhamdulillah, walaupun semuanya tak seperti yang dirancang, namun Allah tetap memeberikan saya kehidupan yang terbaik.

Jika kita mahukan kehidupan yang bai, kita yang perlu mengubah hidup kita supaya menjadi lebih baik dan jika niat kita baik, In sha Allah, Allah akan membantu memudahkan segalanya. 

Hari ne saya nak cerita dan kongsi pengetahuan mengenai anak rezeki daripada Allah. Saya suka kanak-kanak...ANAK??? Saya belum kahwin la... heheee... Merujuk tajuk ne, saya nk berkongsi kegembiraan tentang kelahiran 2 putera baru dalam keluarga. Anak abang dua-duanya. 



Yang kanan kecik comel tu Syafiq, dan yang kiri montel2 tu Luqman. hehehee... Bertambah dah family kami. Tunggu 'bibik' diorang plak lpas ne. In sha Allah, bila ada jodoh nanti. :)

Sebenarnya nak citer disebalik anak yang kita ada, tersirat rezeki dan hikmah disebaliknya. Bukan senang nak menjaga anak-anak kecil, byk kesabaran kena dihadapi. Jadi, ibu bapa perlu sangat kesabaran yang tinggi.

Namun, kesabaran yang tinggi dan didikan yang betul berbaloi akhirnya. KERANA:

إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاثٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Jika seorang anak Adam mati, maka terputuslah semua amalnya kecuali tiga: sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang berdoa untuknya.” (HR Muslim)
Jadi anak adalah rezeki kepada kita dunia dan akhirat. Betapa Pemurahnya Allah S.W.T. , dengan mengurniakan anak kepada kita, dan dengan didikan yang betul, In sha Allah, bahagia juga kita di akhirat. Setelah amal dan sedekah yang kita buat, anak yang soleh dan solehah yang akan membantu kita di akhirat kelak. Bersyukurlah tatkala dikurniakan anak. "ALHAMDULILLAH"
Jauhkanlah diri kita daripada asyik mengeluh... Mengeluh menyebabkan kita sukar mendapat rezeki. Ucaplah alhamdulillah dalam setiap perkara yang baik. Ramai juga kini, anak2 yang terlalu degil, sukar dikawal, dan sukar dididik. Apa punca sebenarnya???
Saya ingin berkongsi di sini pengetahuan yang saya tahu, ANTARA ANAK DEGIL DAN NAKAL :-
Contohnya :

- meninggalkan solat
- pernah melawan/bercakap kasar dengan ibu bapa pada zaman remaja.
- ponteng sekolah dan merokok.
- mencuri duit/barang/buah dari dusun orang (walaupun nilaiannya hanya beberapa ringgit)
- mengurat/mengacau anak dara orang.
- mencuri masa bekerja di pejabat dengan melakukan kerja-kerja peribadi.
- mengambil harta pejabat untuk kegunaan peribadi.
- menipu dalam urusan jual beli.
- menipu ibu bapa memberitahu balik lewat sebab tuisyen padahal bersosial dengan kawan lelaki dan perempuan.
- duduk berdua-duaan, berjalan berpimpin tangan dengan kekasih hati yang bukan mahram.
- mendedahkan aurat kepada bukan mahram.
- suka melihat video atau gambar lucah.
Ya Allah, dlm tak sedar kita pernah melakukan antara perkara di atas. Kita asyik berfikir, kenapa la anak kita degil, susah nak dengar nasihat kita. Kita lupa akan dosa kita dahulu. Semoga Allah mengampunkan kita, semoga kita benar-benar insaf dengan perbuatan kita. 
KERANA...
"Allah mengangkat darjat hambanya yang benar-benar insaf daripada perbuatan dosanya" 
Semoga kita diampuni... In sha Allah.
Namun, ada yang menolak untuk mempunyai anak atau menambah bilangan anak, kerana bimbang kenaikan perbelanjaan dalam keluarga. Walhal kita sedia maklum,
"Allah sudah menetapkan rezeki untuk setiap makhluk ciptaanNya "
Jadi, janganlah risau, kakak, adik, pakcik, makcik, saudara dan saudari sekalian. Percayalah pada setiap rezeki Allah. In sha Allah segalanya akan baik.

AND....bawah ne anak buah yang dah semakin besar... montel Luqman & kecik Syafiq

                                                                        Luqman

  
Syafiq

Saya sayang semua anak buah saya... <3 <3 <3


"Sayangilah dan hormatilah ibu bapa anda, selagi mereka masih ada...Jangan kelak, anda menyesal sendiri, tiada bakti pada ibu bapa..."

"Sedekahlah Fatihah pada mereka yang telah tiada, 
semoga tiada kesunyian & kegelapan di sana"
Wassalam...

Salam sayang,
Aisyah