Friday, 10 July 2015

Sesuatu kerana Allah

As salam w.r.t

Sekali lagi after 2 months, teringin nak mencoret sesuatu di sini. Tapi actually bukan nak cerita pasal lagu Mojo yang bertajuk Dashsyat tu tp pasal pulut2pinggan. pulut2pinggan? tak da sapa menyangka apa maksud disebalik pulut2pinggan ni...

Benar, tiada sesuatu pun di dunia ini kebetulan... Allah telah menyusun atur jalan hambaNya sebaik-baiknya. Siapa pulut2pinggan??? pulut2pinggan, kamu sahabat aku yang paling sabar dengan aku. jika kamu membaca artikel ini, aku mahu kamu tahu, betapa pentingnya kamu ketika ini... Fitrah manusia untuk menyayangi dan disayangi. Namun, Allah sudah berpesan, utamakan Dia sebelum yang lain. Semangat yang aku kumpul untuk bangkit semula, telah Allah bawa dengan kedatangan pulut2pinggan. Siapa sangka, aku pernah kenal dan kawan dengan pulut2pinggan. Seseorang yang hampir perfect dalam semuanya.... Tapi aku mencari kebenaran, Inni Akhafullah (sesungguhnya, aku takut akan Allah)... Manusia tak pernah lekang dari dosa dan khilaf. begitu juga aku... Kamu pembawa semangat, tapi semakin aku mendekati kamu, aku sendiri tak tau.... kerana sesuatu yang aku tak pasti juga kamu...

pulut2pinggan,
aku niat kerana Allah, namun aku sendiri tak pasti aku mampu atau tidak... aku semakin berfikir, jalan ini benar atau tidak... Aku mengenali pulut2pinggan untuk niat yang betul. Tapi aku tak pasti tentang kamu. . . Suatu saat, seolah2 kita berjalan di atas landasanNya...Namun suatu saat, seolah2 kita jauh dari diriNya...

pulut2pinggan,
saat aku tau siapa diri kamu, aku down.... perhatian yang kamu beri sangat aku hargai. tapi suatu saat, aku teringin tahu kebenarannya... saat aku bertanya akan hal itu, baru aku dan kamu berfikir semula. kita ada kisah yang sama... Seolahnya, kita benar, tapi hakikatnya kita sendiri tidak pasti. . .

tapi Allah lebih Mengetahui,
saat aku tak mampu, aku lepas kamu pergi walau betapa hancurnya aku. Aku percaya pada ketentuan Ilahi. tapi bukan semudah yang aku fikir, semangat aku terus fly away, daripada aku happy go lucky, aku jadi moody... daripada aku talkative, aku jadi silent. Kalau kamu tahu itu. . . Setiap hari aku bangun, dan aku kumpul semangat, Walaupun kadang2 aku kalah... Setiap hari juga nama kamu ada dalam doa aku...  Biarlah Allah menjaga kamu, andai satu hari takdir membawa kamu kepada aku, InshaAllah aku terima apa adanya...

pulut2pinggan,
bukan mudah melepaskan sesuatu yang benar-benar kita sayang kerana Allah, semoga kamu sihat daripada kisah kamu, semoga aku pun begitu. mungkin kali ni aku benar-benar memerlukan masa yang panjang untuk sedar dari mimpi... Aku percaya akan ada pelangi selepas hujan. trm ksh for being my friend...yang baik and sabar... Moga Allah merahmati dan meredhai kamu dan aku... InshaAllah


----- i will keep the 'memory' u given to me...always care for it.------


---Pulut2pinggan---


No comments:

Post a Comment